Kalaulah ada 1000 X kalau…

Broken Clouds, 32°C

22, Jalan Pinang D 18/D

Kalau,

Sekiranya sesuatu itu telah berlaku, seharusnya kita redha.
Ucapan “Kalau” seolah olah tidak redha dengan taqdir.

Banyak pilihan? Terutama dalam perkara besar dalam hidup.
Sebab itulah kita dianjurkan doa istikharah.
Jika lihat musibah berlaku, jangan lihat dengan satu lapisan sahaja.

Gunakan apa yang berlaku untuk kita membuat keputusan di hari kemudian.

Jangan tunggu orang lain cucuk, kita buat keputusan sendiri untuk kebaikan diri kita sendiri.

Powered by Journey.

Keluargaku Cinta Al Quran

Light Rain, 25°C

13, Jalan Pinang Siri 18/3

Catatan Forum Seminar Keibubapaan
“Keluargaku Cinta Al-Quran”

Sessi 1. Ustazah Jannah
ولو ان اهل القرى امنوا وتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء
Kita ada target, dan sekuang kurangnya kita mendapat berkat

5 perkara memainkan peranan dalam melahirkan huffaz:

1. Peranan murabbi, cnthnya peranan guru sekolah Al itqan
2. Peranan ibu bapa, pantau hafalan anak anak
3. Anak kita bersedia
4. Suasana
5. Sistem, adakah berkualiti atau sekadar nak habis
6. Sistem

Sessi 2. Dr Isa

Keluarga yg sangat menitik beratkan hafalan Al quran. Tiada hari yang ibu bapa saya sangat gembira melainkan saat saya berjaya hafal quran. 4 bulan habis hafalan, 4 bulan selepas itu saya buat syahadah.

4 org adik hafal Abang sulong tak habis. Ibu ayah saya sampai sekarang sedih.

Sessi 3. Ustazah Jannah
Ibu suri rumah melahirkan anak Hafiz.
Sibuk dakwah akan menjadi qudwah kepada anak anak.

Tips:
Imani/ dalaman/ hubungan kita dengan Allah
– fahami konsep kejayaan. Tidak sepertinya melihat kepada hasil. Tetapi lihat apa usaha yang kita sudah buat.
– jangan bergantung kepada kekuatan orang lain. Kecerdikan itu boleh dibina.
– hargai hafalan yang sedia ada. Bersyukur, benda yang sedikit akan jadi banyak kalau kita hendak dan bersyukur.
– rajin taubat dan istighfar akan menambah kekuatan.

Luaran
Masa, contohnya waktu pagi

Sessi 4 Dr Isa:
Cabaran menjadi seorang huffaz.
ولقد يسرنا الفران للذكر فهل من مدكر
– Cinta quran sepenuh hati.
– Bagaimana, memahami peranan Al quran dalam hidup
– letak kan ayat quran di dalam rumah contohnya kat depan tandas letak ayat والذين هم لفروجهم حافظون.
– ataupun bila lalu kerja baca
ولا تشركوا بالله…

Powered by Journey.

Murabbi Ummah (MU)


Broken Clouds, 29°C

Corus Paradise Resort Port Dickson

Ciri ciri murabbi ummah ISMA.

Tambahan ciri asasi bagi seorang murabbi dalam tarbiyah.

Nilai tambah di kalangan asatizah di kalangan masyarakat. Iaitu menyempurnakan gagasan ISMA dalam mengesani masyarakat paling penting dalam penyampaian kita.

Kelebihan kita bukan dari segi lawak, tapi dari segi content.

Kita meminjamkan posisi ikhwah untuk kepentingan dakwah.

Cabaran.

Terbiasa dengan memberi pengisian dalaman. Kadangkala disebabkan thiqah yang sudah wujud menyebabkan ikw kalau tidak bersedia boleh “goreng”. Di luar sana, situasi berbeza.

Kita merasakan masyarakat tidak menyokong agenda ISMA.

MU wanita

Menyampaikan penyampaian di dalam majlis yang ada lelaki. Gugup?

Konsep ballighu anni walau aayah.
Situasi di Malaysia berbeza dengan negara lain seperti Arab.

Ada beberapa perkara memerlukan akwt memerlukan wanita supaya seimbang contohnya dari sudut pendidikan.

Wanita telah bermula dari sekolah. Pertandingan syarahan, menulis, berdebat, telah bermula dari pendidikan rendah. Ia perlu diteruskan di peringkat masyarakat dengan menjaga adab adab islami.

Berlatih. Bagi kepercayaan, jangan matikan bakat bakat asatizah. Upgrade kan diri.

Jangan sampai orang jemput kita. Kita yang offer diri. Cari masjid yang tak ramai orang. Jangan banyak birokrasi(bayaran dan lain lain).

Jika kita ada sebarang posisi, kita gunakan posisi kita.

Suara wanita melagukan quran.
Suara wanita bukan haram lizatihi. Tetapi haram lighairih (sebab mendatang). Namun, kena teropong siapa audience ceramah kita.

Menjawab soalan.
Jawaban yang membawa kepada amal. Berikan hukum dan bagaimana untuk dilaksanakan.

Bagaimana asatizah muda mengambil tempat dalam masjid yang telah lengkap penceramah dan lain lain.
Masjid tidak melihat kepada usia. Mereka lebih melihat kepada keupayaan.
Asatizah perlu ada masjid yang dia samlaikan ceramah di dalamnya.
Dia perlu membina hubungan yang baik dengan masjid. Dengar juga ceramah ceramah yang disampaikan oleh penceramah lain. Tidak semestinya semua yang kita sampaikan semua yang ada dari kita. Biasanya masyarakat bila dengar perkataan ustaz, mereka akan menganggap ustaz boleh ceramah, menjadi imam, mengendalikan majlis tadarus. Setiap senarai penceramah mesti akan ada hari yang lompong disebabkan penceramah tidak dapat hadir. Tak perlu mula dengan yang besar besar, dengan surau pun tidak mengapa. Apabila mereka melihat kita boleh beri penyampaian, ia akan jadi buah mulut. Bila solat jumaat biar sampai salam bersalaman. Jangan jadi orang yang tidak mahu bercampur dengan orang lain. Kena bina aura orang suka dengan kita.

Belum berkahwin tapi beri penyampaian kepada orang yang sudah kahwin. Atau dakwah dengan pelajar, untuk masuk ke hati mereka bagaimana kayu ukur/panduan fleksibel.
Kena ada maklumat siapa yang datang. Seperti kata Abbas assisi, kita perlu buka hati mereka sebelum buka akal mereka. Kalau ada permintaan bukan bukan kita perlu jelaskan batasan kita.

Bagaimana seimbangkan keluarga dengan menjadi pendakwah sebagai seorang wanita.
Perlu tahu awlawiyat/keutamaan. Tugasan utama wanita adalah keluarganya. Pastikan rumah selesai dan berusaha tidak memberi alasan dalam memberikan dakwah.

*Nota ini di ambil dari forum Murabbi Ummah oleh Ustaz Zamri Hashim, Ustaz Abdul Rahman Iskandar(Alrais), Ustazah Norakhilah Baharin.

Powered by Journey.

Lintasan Akhbar

Broken Clouds, 28°C

34, Jalan Kelapa Mawar 18/44

Ya Allah, ampunkan dosa ku. Mari kita renungi perjalanan hari ini bersama.

Selepas 3 bulan moratorium, akhirnya kerajaan mengeluarkan penyelesaian antaranya lori yang dibenarkan adalah lori jenis pakamatic atau sejenis lori sampah. Pelabuhan Kuantan juga dihadkan muatan. Mereka juga dikehendaki melalui laluan tertentu.
Ya, itu adalah sifat biasa bagi manusia. Selepas menerima padah barulah mengadah. Betapa banyak bencana alam telah menimpa manusia, namun adakah mereka mengambil iktibar. Bahkan ada yang memalingkan dari menerima peringatan hanya kerana ia datang dari orang kebanyakan. Bukankah aduan penduduk sudah terlebih awal sampai sebelum semuanya serba merah. Ke mana mereka mahu mengadu, nah ke media musuh kerajaanlah jawapannya.

Pm pula menyatakan ketidak kekecewaannya terhadap keputusan sukar yang dipilih demi untuk kebaikan negara. Alasannya adalah kegawatan ekonomi. Contoh tindakan yang menghilangkan “brownie points” adalah GST.

Mungkin ada betulnya. Tapi semuanya jadi indah saja bila keluar dari mulut politik. Semanis, kurma. Adakah sekadar itu gagasan ekonomi sebuah negara Islam. Di mana risalah di sebalik kuasa.

Seterusnya pengambilan semula pendatang haram. Majikan boleh mendapatkan semula keizinan untuk pekerjanya melalui pendaftaran online. Caj yang dikenakan adalah RM 800 untuk pendaftaran dan RM 400 untuk pengurusan. Itu belum masuk denda, levy, visa, caj pemprosesan, dan permit kerja.

Agaknya mahukah pendatang haram menjadi pendatang halal melihat kos yang tinggi sebegini. Oh ya, sebenarnya majikanlah yang menanggung semua ini. Kalau tidak, mereka akan dikenakan tindakan. Bukan senang menjadi majikan.

Powered by Journey.

Atok Ghani meninggal dunia

Broken Clouds, 33°C

Kampung Parit Empat

Alhamdulillah, pagi tadi diberi peluang menguruskan jenazah datukku yang tersayang. Ia adalah sebuah pengalaman yang berharga buatku kerana sebelum ini sekadar hadir membaca sedikit bacaan quran, tahlil, dan solat jenazah.

Pengalaman berharga ini semuanya dibimbing oleh ayahku juga Ustaz Saedal Atas. Bermula dengan penyediaan kain kafan, kemudian memandikan mayat, mengkafankan mayat, solat jenazah, dan membaca talqin.

Ayahku membahagikan kain putih panjang yang baru diberikan oleh ajk masjid pagi tadi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama diuukur mengikut ketinggian mayat, ya dilabuhkan sedikit. Kemudian bahagian kedua dipotong mengikut panjang kain pertama cuma dipanjangkan seinci. Bahagian ketiga pula mengikut bahagian kedua dan dipanjangkan seinci. Akhir sekali Ayahku mengambil secarik dari kain bahagian pertama untuk dibuat serban dan dan 5 carik untuk dibuat tali.

Ketika memandikan mayat, aku dapati terdapat tiga timba. Satu dipenuhi air kosong, satu lagi air yang dicampur daun bicara, dan satu lagi air yang dicampur air sabun. Pertama sekali mayat dimandikan dengan air sabun. Air dihiris dari hujung kepala hingga hujung kaki. Dimulakan dengan menggosok bahagian kanan mayat diikuti bahagian kiri. Akhir sekali mayat diiringkan ke kanan dan digosok belakang mayat. Dalam masa yang sama dubur mayat dikosongkan dengan mengorek menggunakan tangan yang berbalut sarung tangan. Kemudian diiringkan ke sebelah kiri dan buat seperti sebelumnya. Selepas itu, mayat dijiruskan dengan air daun bicara dan air bunga mawar. Akhir sekali mayat dijirus dengan air wangian.

Selepas itu, saya mayat dikafankan. Bermula dengan melekatkan kapas yang dletakkan serbuk bewarna oren (mungkin memberi sedikit wangian kepada jenazah). Selepas itu jenazah dipakaikan baju diikut serban dikepala dan dua balutan seterusnya. Akhir sekali kafan diikat dihujung kaki dan dibuka sedikit di bahagian muka untuk memberi peluang kepada ahli keluarga yang ingin melihat atok kali yang terakhir.

Setelah jenazah ditimbus, Abi mengambil buku kecil seraya membaca talqin. “Talqin ini, adalah untuk yang masih hidup. Alangkah ruginya hadirin yang melihat kematian, tetapi tidak mengambil pengajaran darinya”. ujar abi semelum mebacakan talqin dengan penuh semangat. Alhamdulillah semua urusan diselesaikan dalam jam 11.00 pagi.

Sekian, wassalam.

Powered by Journey.

Seruan kami untuk anda.

  1. Dacing penimbang

Sebelum saya melanjutkan bicara marilah sama sama kita nilai semula apakah timbangan  yang kita ambil dalam menyelusuri hidup di bumi Tanta ini. Bukalah mata pasanglah telinga dan hidupkan pancaindera anda. Pandanglah dengan mata hati anda dan kemudian nilailah. Janganlah menjadi seperti haiwan, pancaindera mereka tidak berguna dalam mendapatkan kebenaran. Hanya ingin memenuhi nafsu perut dan kemaluan. Bahkan manusia lebih teruk keadaannya kerana mereka telah dikurniakan anugerah akal! Apakah mereka tidak mengarti akhirat itu lebih kekal berbanding hidup di dunia?

179. dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.

Dari situ kita melihat, ada dua golongan manusia. Pertama adalah golongan yang menjadikan hawa nafsu dan kemahuan hati mereka sebagai paksi. Bak kata orang ikut suka hati akulah! Golongan yang kedua pula adalah golongan yang sangat sopan kerana mereka mendahulukan Al Quran menjadi paksi dalam semua tindak tanduk. Kita berdoa supaya Allah golongkan kita dari kalangan golongan ini.

Bagaimanakah untuk menjadi dari kalangan golongan yang kedua? Tidak lain tidak, Al qur’an adalah kuncinya. Kita seharusnya menghidupkan semula roh roh Al Qur’an dalam hidup kita. Suasana mentadabbur Al Qur’an haruslah dihidupkan dimana mana. Yang tahu mengajarkan yang tidak tahu yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir begitulah seterusnya. Mahasiswa juga harus lebih terbuka dalam mengambil istifadah daripada orang lain. Buangkan segala tembok yang ada kerana perbezaan sesama kita bukanlah penghalang untuk kita sentiasa bersama bertukar pandangan.

  1. Perkasa asas dalam membaiki masyarakat.

Masyarakat yang ingin saya maksudkan adalah masyarakat di mana kita berada. Jika kita berada di kampus ataupun universiti maka masyarakat kita adalah masyarakat pelajar. Adapun jika kita berada di luar, seperti ketika pulang ke kampung, maka masyarakat kita adalah lebih luas meliputi semua golongan. Jadi untuk kita adalah pelajar dirasat dan perubatan yang belajar di tanta.

  1. Kita hendaklah izzah atau bangga dengan intisab kita dengan Allah. Kitalah yang dipanggil Abdullah. Dia telah memilih kita sebagai agen dalam menyebarkan risalah ini.

257. Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

8. mereka berkata lagi: ” Demi sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang Yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang Yang hina lagi lemah (pihak Islam)”. padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang Yang beriman; akan tetapi golongan Yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

  1. Kita hendaklah sentiasa berfikir tentang tugasan kita yang Allah tentukan. Persiapkan diri kita untuk berkorban dan berjuang dalam jalannya.
  2. Sentiasa menghitung balasan dunia dan akhirat bila kita mengabaikan tugasan yang sepatutnya kita tunaikan.
  3. Sentiasa sedar batu asas untuk perubahan ini adalah memperbaiki diri kita sebagai pelajar dan memperbaharui pemikiran dan akhlak kita.
  4. Meyakini semua orang islam adalah saudara anda. Kita bersedih dengan kesedihan mereka dan gembira dengan kegembiraan mereka.
  5. Semua sistem yang tidak berpegang kepada asas asas islam adalah adalah sistem yang rosak yang tidak akan berjaya dalam membangunkan masyarakat pelajar tanta.
  1. Tugasan kita sebagai pelajar muslim.

Saya simpulkan tugasan seorang pelajar muslim dalam satu cogan kata yang biasa kita dengar iaitu “Rahib di malam hari dan pejuang di siang hari”. Kita hendaklah berjuang bermati matian dalam mendapatkan ilmu. Kehidupan normal sebagai seorang pelajar adalah penting untuk kita seperti pergi ke kuliah, ikut serta dengan aktiviti di universiti, bersukan bersama kawan di hujung minggu, menyediakan makanan di rumah, terlibat dalam aktiviti persatuan dan lain lain. Tidak dilupakan kewajipan kita sebagai seorang muslim seperti solat lima waktu berjemaah, membaca al qur’an, dan lain lain. Begitu juga amalan amalan sunat seperti qiamullail, puasa isnin dan khamis dan lain lain.

  1. Komponen asasi dalam membina masyarakat pelajar dan mendidik mereka.

Komponen ini bukanlah satu buku yang dibaca, coretan bersemangat seperti tulisan ini, ataupun suatu benda yang suci yang tidak boleh diganggu. Komponen ini adalah manusia itu sendiri. Manusia bukan sebarang manusia. Bukanlah mereka yang selalu tidak pergi kuliah. Bukan juga mereka yang menghabiskan masa berjam jam menghabiskan koleksi movie. Mereka adalah manusia dari suku suku yang kuat. Bukanlah badan yang sasa perkasa tapi sungkur di tepi katil bila subuh tiba. Bukan juga yang kuat belajar namun tidak mahu mendalami ilmu agama. Seperti kata kata Hasan Al Banna dalam risalahnya kemana kita menyeru manusia:

“Wahai pemuda, sesuatu gagasan akan berjaya jika wujud (1) keyakinan yang kuat dengan gagasan yang didokong, (2) wujudnya keikhlasan dalam mendokongnya, (3) semangat yang sentiasa membara bersamanya serta (4) sedia berkorban dan berusaha untuk merealisasikannya.

Keempat-empat asas ini iaitu keimanan, keikhlasan, semangat dan usaha merupakan sifat-sifat isitimewa para pemuda. Sebabnya asas keimanan ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara.”

70. dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.

  1. Pembentukan diri

Dari sikit menjadi ramai, dari lemah menjadi kuat, dari serabut menjadi terususun dan seterusnya. Itu adalah lumrah alam apabila ia ingin berubah. Begitu juga kita perlulah sentiasa merubah dan memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik. Inilah yang dipanggil sebagai tarbiyah. Satu proses memperbaiki diri dari tidak baik menjadi baik dan dari yang baik menjadi lebih baik. Pastinya setiap persatuan ada tarbiyahnya yang tersendiri. Carilah dan nilailah dengan ikhlas kerana hidayah itu berada di mana mana. Cuma kita yang tidak mencarinya.

  1. Marilah bersama dalam tarbiyah isma

Anda bebas dalam hal ini dan saya bukanlah ingin memaksa anda. Sekadar satu tawaran untuk mengenali kami dengan lebih dekat. Ingin mengehtahui lebih lanjut hubungilah saya.

Bersama ketua HRD/ tarbiyah Isma Pusat. Beliau juga bekas pengetua penulis.
  1. Janganlah berputus asa

Walau bagaimanapun keadaan anda janganlah berputus asa kerana rahmat Allah itu luas. Seluas lautan tidak tahu sampai mana penghujungnya. Lihatlah kejayaan kejayaan orang lain dari pelbagai golongan. Lihatlah bagaimana Raja Abdul Aziz As Sa’ud mengabungkan Negara Hijaz dan Nejd menjadi Negara Arab Saudi. Setiap tahun berduyun duyun manusia datang ke Negara tersebut menunaikan haji ataupun umrah. Tidakkah kita tahu ketika beliau berusia 10 tahun dibuang negeri bersama keluarga ke Negara Kuwait oleh golongan Rashidi. Mereka pergi ke sana tanpa sebarang harta ditangan. Namun, pada tahun 1902 ketika beliau berusia 23 tahun beliau telah kembali untuk mengambil semula haknya yang dirampas dengan bantuan 22 orang sahaja.

Image
Penulis bergambar di depan ka’bah di tanah haram, salah satu wilayah dalam Arab Saudi

Maal Hijrah dan Masyarakat Penyayang

Assalamualaikum.

Bertemu kita semula dalam ketika ini setelah senggang masa yang agak lama hingga laman ini seolah pupus,

Maal Hijrah

Hijrah nabi dari Makkatul Mukarramah hinggalah ke Madinatul Munawwarah. Bukan sahaja lari dengan perasaan terbuang dari negeri sendiri bahkan berjuang memenangkan agama ini walau apa jua halangan yang perlu di tempuh.

Nah! Tawaran daripada pemuda pemuda madinah mempertahankan jasad dakwah nabi menjadi bukti kesuburan medan dakwah yang baru di Madinatul Munawwarah. Akhirnya Negara Islam untuk umat Islam yang pertama akhirnya terbentuk. Allahuakbar. Kemenangan besar untuk harakah islamiyah generasi pertama.

Berkat pasak pasak yang ditanam oleh nabi akhirnya negara ini terus mampan walau dicabar oleh munafikin, yahudi, dan mushrikin di sekitar madinah. Apkah pasak pasak itu?

1. Pasak iman. “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal…” Ali ‘Imran:190. “Wahai manusia, sembahlah pemelihara kamu yang mencipta kamu, dan orang orang yang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa” Al Baqarah:21. Bermula dengan mengumpulkan sahabat di rumah Al Arqam bin Abi Arqam, perjumpaan perjumpaan kecil di penjuru bukit, seterusnya di Masjid Quba’, masjid pertama di negara Islam pertama.

2. Pasak ukhuwah dan kasih sayang (mahabbah). Iman yang mekar disiram teguran ar rasul, tazkirahnya, pengarahan, ancaman, penceritaan, dan lain lain akhirnya berkembang melempias roh roh ukhuwah antara sahabat. Hasad dengki, fitnah, bisik bisik belakang, ujub, sombong, dan seumpanaya dicantas habis oleh ar rasul.

Masyarakat penyayang inilah akhirnya menjadi benteng tegar mempertahankan Negara Islam yang baru muncul. Bagaikan orang yang bercinta lupakan segala penderitaan dan rintangan demi masa depan kecintaannya dan “sayang”nya. Namun, masyarakat ini bukanlah berjuang dengan mabuk cinta mengikut perasaan, akan tetapi nilai nilai imanlah yang menjadi panduan. Jadilah unsur bersepadu yang kuat iaitu semangat membara yang terpandu oleh nilai nilai keimanan.

Pasak pasak ini sepatutnya wujud dimana saja tempat yang ada padanya umat islam. Tak kira tua, muda, pelajar, pekerja, bujang, berkahwin, dan lain lain seumpamanya perlu menegakkan pasak ini dalam jiwa mereka. Buanglah semangat berpesatuan ataupun “kekitaan” yang melampaui batas iman. Berhubunglah sesama manusia dengan akhlak Islam, bukan akhlak persatuan. Bergeraklah dengan semangat islah (memperbaiki) dan taghyir(merubah). Bersatulah dengan kesatuan hati, walau khilaf(perbezaan) cara ataupun wasilah.

Ada kaitan kot:

http://goo.gl/O7vAo

http://goo.gl/57M13

sekian.

” Tegakkan negara Islam itu dalam diri kamu, nescaya ia tertegak di tanah air kamu”. Hasan Al Hudhaibi