Sebarkanlah Salam Sebarkanlah Kesejahteraan

“Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling menyintai (Kerana Allah). Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan satu perkara yang mana jika kamu lakukan perkara itu, maka kamu akan saling menyintai? Sebarkanlah salam diantara kamu!” (Hadis Muslim)

Dari Abdullah bin Mas’ud ra., ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, “‘As-salam’ adalah salah satu dari asma Allah yang diletakkan di bumi, maka sebarkan salam di antara kamu.” (HR. Bukhari)

Dari Abu Hurairah (radiallahua’anh) Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda yang maksudnya; “Janganlah memulakan ucapan salam kepada Yahudi dan Nasrani dan jika kamu bertemu dengan mereka di perjalanan, tolaklah mereka ke arah sudut yang sempit (Hadis Muslim)

salam ikhwah, bertemu kembali kita, selepas genap setahun sesawang ini bersarang. Apapun asssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh saya ucapkankan untuk anda semua..

As salam merupakan salah satu daripada nama nama Allah yang mulia.Hukum asal memberi salam adalah sunat mu’akkad manakala menjawabnya adalah wajib. Keutamaan adalah kepada siapa yang memulakan salam berbanding yang menjawab salam. Sesuatu yang datang dari hati akan sampai kedalam hati jua. begitu juga ucapan salam yang terkandung padanya as-salam (kesejahteraan) ar rahmah (belas kasihan) dan barakah (kebahagiaan), jika ianya dilontarkan dengan penuh kesedaran dan kefahaman ia akan menyemai kasih sayang antara umat Islam.

Islam, agama yang kita anuti sekarang juga bermaksud selamat atau tenteram. Pendakwah pendakwah islam hari ini juga bukan sekadar menyeru kepada keselamatan di dunia sahaja, bahkan keselamatan di akhirat. Bahkan itulah yang harus diyakini oleh setiap umat islam, hanya agama Islam yang mampu memimbing manusia kepada keselamatan di Akhirat(kemestian) mahupun di dunia.

Kita juga tidak mahu urusan kehidupan harian kita menjadi kacau bilau, tidak selamat dan tiada ketenteraman. “turmoil” yang berlaku baru baru ini di dunia arab begitu merisaukan semua pihak hinggakan kerajaan malaysia sanggup membayar dengan harga yang mahal untuk menghantar pelajar pelajar malaysia pulang sementara. Begitu juga apa yang berlaku pada saudara ashraf haziq di England. Kita juga tidak berasa begitu aman di dalam negara. Nah, lihatlah kerosakan berlaku di mana mana, budaya, akhlak, dan sistem masyarakat. Hanya saja pabila agama islam kembali ke hati umat, keselamatan bakal dikecapi. bumi tidaklah sempit desebabkan bilangan manusia yang ramai, tetapi disebabkan akhlak mereka yang caca merba.

Kesimpulannya, tiada pihak yang patut merasa selesa melihat keadaan yang berlaku. kita perlu memperbarukan keazaman kita pada agama ini, dan kita akan berjalan dengannya dengan keselamatan.

assalamualaikum.

“membangun umat beragenda”

~ by admin on August 21, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.