Ibda’ al’an! (mulakan sekarang!)
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim.
Aku terjaga dari tidur,
aku gagahkan diriku duduk berkujur membaca doa bangun tidur,
aku terasa semacam kesegaran,
aku hayunkan kakiku berselang seli kanan dan kiri bersama tuala di bahu kanan,
aku dapati diriku berada di tandas,
sela 5 minit diriku siap bermandi,
lantas kubentangkan hamparan sejadah kecil dan molek,
dari niat hinggalah salam aku tunaikan,
hatiku basah mengenang diri,
rendah dan kerdil berpalit dosa,
………………..
aku sedar dan basirah,
antara sebab dan musabab,
aku terjaga kerana aku bangkit,
aku segar berkat doa bangun tidur,
aku bersih kerana aku mandi,
aku basah kerana sujud menyembah tuhan,
kerana itu aku harus menggetik papan keyboard,
mencerna buah fikiran,
kerana fatihin.wordpress sudah lama tidak bertulis,
………………..
tapi! sebab apa aku menulis,
kata mereka,
mencipta nama menjadi tokoh penulis terkenal,
mengikut arus masa dan peredaran zaman,
menjelaskan betul yang mana salah yang mana,
berkongsi perasaan hati, duka, tawar, masam, masin, dan manis,
…………………
kataku pula,
menulis adalah tarbiyyah,
tarbiyah minda berfikir yang baik2,
tarbiyah tangan amanah menekan keyboard,
dari fitnah,tipu,dan rekaan,
tarbiyah telinga dari fitnah2 melata,
tarbiyah untuk diri ini,
tarbiyah bittahadi,
tarbiyah dengan cabaran,
timbul pula persoalan,
tulisan apa yang akan kutulis?
topik apa yang akan kupilih?
sedang berfikir…



salam.
tulislah mengikut gerak hatimu dan cernakan ia pada akalmu. hati yang bersih akan menghasilkan akal yang tajam.
kerana itu ulama’ dulu tidak pernah memisahkan taqwa dan ilmu, lantas mereka menjadi ulama’ besar yang mampu menyumbang dengan sumbangan yang besar ke arah kegemilangan Islam.
semoga Allah permudah.
Faiza azamta fatawakkal alallah.
wsalam
selamat datang kedunia blog,
penuhilah dunia siber ini dengan penulisan2 tarbawi,
media ini telah penuh dengan kejahiliahan,
kau, aku, dan kitalah yang akan menyemarakkan panji2 tarbiah!